Wednesday, August 21, 2013

Bab Lima

Kandungan
5.1    Jatidiri Muslim
5.1.1 Jati diri Muslim
5.1.2 Manusia Dan Hubungannya Dengan Akhlak
5.2    Pengertian Akhlak, Etika dan Moral
5.2.1 Akhlak
5.2.2 Pengertian Etika
5.2.3 Pengertian Moral
5.3      Kategori dan Skop Akhlak
5.3.1   Kategori
5.3.2 Skop Akhlak
5.4    Pembentukan Akhlak
5.4.1   Iman, Ilmu dan Amal
5.4.2 Pelaksanaan Ibadat
5.1    Jatidiri Muslim
5.1.1 Jati diri Muslim
Kehidupan yang indah adalah kehidupan yang dihiasi oleh nilai-nilai akhlak, moral dan etika yang menjadi asas kepada apa jua aktiviti kehidupan dan pergaulan. Pengajaran dan penghayatan nilai-nilai yang mulia ini dalam kehidupan, sebenarnya menjamin wujudnya keamanan dan kestabilan masyarakat.
Semua ajaran keagamaan menekankan peri pentingnya nilai-nilai ketuhanan, akhlak dan moral. Dalam Islam nilai akhlak adalah nilai samawi yang amat suci datang daripada Allah s.w.t. dan sebarang pencabulan merupakan penganiayaan terhadap hak-hak Allah oleh hambaNya.
Wawasan 2020 yang dijadikan matlamat untuk mencapai status Negara maju mengikut acuan kita sendiri turut menggariskan sembilan cabaran yang perlu dihadapi sebelum cita-cita murni itu dapat dijelmakan menjadi kenyataan. Salah satu cabaran utama yang perlu dihadapi oleh warga bumi bertuah ini ialah meningkatkan nilai kehidupan sosial yang bermoral dan beretika dengan berteraskan nilai keagamaan dan kerohanian yang kukuh.
Bagi memastikan wawasan 2020 ini tercapai, negara melangkah setapak lagi ke hadapan dengan merangka pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban atau lebih dikenali dengan Islam Hadhari. Pembangunan ini bersifat sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah serta sentiasa bersedia menangani cabaran semasa dunia global.
Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. la juga akan menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t .
Terjemahan: Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman, 2. Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam sembahyangnya; (Surah  al Mukminun : 1-2).
Dengan demikian kemajuan ekonomi dan teknologi Malaysia akan berjalan selari dengan keluhuran budaya dan ketinggian akhlak masyarakat berbilang kaum. Namun, gejala keruntuhan akhlak, kelemahan budaya integriti dan budaya ilmu dalam masyarakat Malaysia semasa, merupakan suatu cabaran besar kepada pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari.
5.1.2 Manusia Dan Hubungannya Dengan Akhlak
Allah s.w.t. telah berfiman:
Terjemahan: Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya. (Surah  al Tin : 4).
Manusia diciptakan oleh Allah memiliki keindahan dari segi jasmani dan rohani. Kedua-dua keindahan kejadian manusia ini perlulah dibentuk dengan akhlak Islam supaya ia dapat menepati kepada maksud surah al-Tin ayat empat di atas.
5.1.3 Peranan dan Kepentingan Akhlak
Akhlak, Moral dan etika berperanan penting dalam menentukan keutuhan sesebuah masyarakat, bangsa atau juga negara. Dengan kata lain, utuh atau runtuhnya sesebuah bangsa bergantung kepada akhlak, moral serta etika yang menjadi amalan bangsa itu sendiri. Islam sebagai agama dan cara hidup yang syumul menekankan agar umatnya menjalani kehidupan berasaskan adab atau etika, akhlak dan perilaku yang mulia. Inilah misi yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. iaitu untuk memperbaiki akhlak dan moral manusia. Al-Quran menjelaskan,
Terjemahan: dan Bahawa Sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak Yang amat mulia. (Surah  al Qalam : 4).
Misi yang penting ini menjadikan akhlak sebagai salah satu ciri terpenting dalam ajaran Islam. Dalam hubungan ini, Ibn Abbas pernah mengatakan bahawa setiap bangunan ada asasnya dan asas bagi Islam ialah akhlak yang mulia. Malah Ibn al-Qayyim juga pernah menegaskan, seluruh aspek agama (Islam)  ialah (akhlak yang mulia); oleh itu sesiapa yang bertambah nilai akhlaknya maka bertambahlah nilai agamanya.
Di antara kepentingan akhlak ialah:
i.       Dihubungkan dengan tujuan pengutusan Rasulullah s.a.w.
Masyarakat Arab sebelum pengutusan Rasulullah s.a.w. hidup dalam kegelapan, kesesatan dan keruntuhan akhlak. Mereka sentiasa berperang sesama sendiri, menyembah berhala, membunuh anak perempuan hidup-hidup dan lain-lain. Oleh itu Allah s.w.t telah mengutuskan Rasulullah s.a.w. adalah untuk membetulkan akidah, menunjukkan cara-cara peribadatan dan seterusnya memperbaiki akhlak. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. 
ii.       Akhlak mempimyai kaitan rapat dengan akidah dan syariat.
Kesempurnaan Islam seseorang itu mestilah terdiri daripada pelaksanaan akidah, syariat dan akhlak. Jika seseorang itu hanya mempunyai akidah dan syariat, tetapi tidak mengikut akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. maka tidak sempurna kelslamannya. Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. dengan maksudnya: "Apakah ad-deen itu? Jawab baginda: Ad-deen ialah akhlak yang baik."
iii.    Akhlak ialah sifat Rasulullah s.a.w. dan ia menjadi ikutan terbaik kepada manusia.
Rasulullah s.a.w. berakhlak dengan akhlak yang mulia. Ini dijelaskan melalui hadis yang diriwayatkan oleh saidatina Aisyah r.a. apabila ditanya oleh para sahabat mengenai akhlak Rasulullah s.a.w., maka beliau menjawab bahawa:
Akhlak Rasulullah s.a .w. adalah Al-Quran "
Akhlak Rasulullah s.a.w. juga menjadi ikutan dan teladan terbaik kepada manusia berdasarkan firman Allah s.w.t .
Terjemahan: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) (Surah  al Ahzab : 21).
iv.     Akhlak menunjukkan kesempurnaan iman seseorang
Islam menghubungkan akhlak dengan keimanan seseorang dan menganggap orang yang paling mulia akhlak itu sebagai orang yang paling tinggi darjat keimanannya. Iman yang sempurna melahirkan akhlak yang baik. Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Rasulullah s.a.w. telah ditanya Wahai RasuluIlah siapakah orang mukmin yang paling afdal imannya "?Jawab baginda:  "Qrang yang paling baik akhlaknya."
Rasulullah s.a.w. menganggap orang yang berakhlak mulia ini sebagai orang yang beliau kasihi dan akan duduk dekat dengan baginda di hari kiamat nanti. Sabda baginda yang bermaksud:
Orangyang paling aku kasihi dan paling dekat keduditkannya dengan kupada hari kiamat ialah orangyang paling baik akhlaknya.
v.      Akhlak memberatkan timbangan seseorang
Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa akhlak yang baik itu dapat memberatkan timbangan amal kita di hari Mahsyar. Ini adalah kerana berakhlak mulia dianggap sebagai melakukan amal yang baik dan mendapat pahala. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Sesungguhnya akhiak yang baik itu adalal sesuatu yang sangat berat diletakkanya di atas Mizan (neraca timbang).
Sebaliknya Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan bahawa orang yang buruk akhlaknya, walau banyak mana amal baiknya, masih lagi dianggap buruk. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Seorang perempnan sentiasa berpuasa disiang hari. dan bangun bersembahyang di waktu malam, tetapi buruk akhlaknya, beliau selalu menyakiti jirannya dengan kata-katanya. Sabda baginda, tidak ada kebaikan padanya, dia termasuk dalam golongan ahli neraka 
5.2    Pengertian Akhlak, Etika dan Moral
5.2.1 Akhlak
Definisi akhlak dari segi bahasa ialah tabiat, perangai, tingkahlaku, sifat semulajadi, adat kebiasaan dan lain-lain. Manusia diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik ciptaan dan terdiri daripada dua unsur, iaitu jasmani dan rohani. Allah s.w.t.
Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya). (Surah  at Tin: 4).
Unsur jasmani disebut dalam bahasa Arab "al-khalqu" dengan bacaan huruf kha berbaris di atas (keindahan bentuk luaran). Unsur rohani pula disebut "al-khuluq" dengan bacaan huruf kha berbaris di depan (keindahan bentuk dalaman).
Keindahan batin seseorang dapat dilihat melalui tingkahlaku, budipekerti, tutur kata ataupun tindakan zahir seseorang. Justeru itu akhlak adaiah berkaitan dengan sifat-sifat batin dan dijelmakan melalui tingkahlaku. Aspek batiniah juga adaiah keimanan yang ada dalam diri seseorang sehingga mereka melakukan sesuatu perkara berdasarkan suruhan iman tersebut. Ini bertepatan dengan definisi akhlak oleh Imam al-Ghazali; "sifat-sifat batin yang tertanam dalam jiwa seseorang dan ia akan lahir dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan akal yang mendalam. Sekiranya keadaan jiwa itu baik maka akan terbit perbuatan yang baik dan terpuji mengikut akal dan syariah, ia dinamakan akhlak yang baik. Sebaliknya jika jika keluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk. Menurut Ibn Maskawayh pula akhlak bermaksud: " keadaan jiwa seseorang, ia terbahagi kepada dua bahagian:
i.       Natural (tabie), jiwa yang tabie ini berpusat kepada sifat semulajadi seperti perasaan cepat marah terhadap perkara yang kecil, panas baran, cepat terkejut dan lain-lain.
ii.     Keadaan jiwa yang dibentuk melalui latihan dan kebiasaan. la terbahagi kepada dua peringkat;
a) Peringkat pertimbangan dan pemikiran yang teliti.
b) Peringkat mempraktis sesuatu kebaikan sehingga menjadi kebiasaan dalam amalan hidup seseorang.
Ringkasnya akhlak terdiri daripada tiga ciri berikut:
i.       Aspek batin atau keadaan jiwa seseorang yang merupakan tenaga penggerak kepada pembentukan tingkahlaku. 
ii.      Aspek luaran atau tingkahlaku itu sendiri, yang dilakukan bukan kerana tekanan emosi atau desakan-desakan dari luar seperti paksaan dan sebagainya. 
iii.    Perbuatan-perbuatan itu hendaklah dilakukan secara berterusan hingga menjadi kebiasaan dan darah daging kepada seseorang.
Kesejahteraan hidup seseorang adalah bergantung kepada jiwa yang baik dan sejahtera. Firman Allah s.w.t. :
Terjemahan: Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), 10. dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Surah  Al Syams : 9).
5.2.2 Pengertian Etika
Etika berasal dari perkataan Yunani, iaitu 'ethos' yang bermaksud hukum, adat resam, kebiasaan dan budi pekerti yang dimiliki oleh kumpulan tertentu. Menurut Socrates, Etika ialah hasil dari pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh manusia. Jelasnya etika adalah sesuatu yang bersumber daripada akal manusia serta nilai-nilai yang mampu difikir oleh akal manusia.
5.2.3 Pengertian Moral
Moral pula adalah berasal dari perkataan 'mores' yang bererti kesusilaan, adab, sopan santun, tradisi dan sebagainya yang menentukan piawaian atau norma. Sebahagian masyarakat mengaitkan etika dan moral dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum, tatasusila atau tertib masyarakat. Peraturan masyarakat biasa juga dimaksudkan sebagai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, nilai dan pantang larang masyarakat. Walau apapun peraturan masyarakat wujud di luar diri individu. Peraturan juga bersifat wujud atau konkrit serta ditetapkan oleh autoriti dalam masyarakat tersebut.
Moral juga bermaksud tingkahlaku dan tindakan manusia sama ada baik atau buruk yang dinilai oleh masyarakat bergantung kepada tempat, masa dan keadaan. Oleh itu moral dalam pengertian ini adalah bersifat relatif.
lanya berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain dan boleh berubah mengikut masa dan keadaan.
5.3      Kategori dan Skop Akhlak
5.3.1   Kategori
Akhlak Islam terdiri daripada akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah. Akhlak mahmudah ialah akhlak yang dituntut dalam Islam, la merupakan segala bentuk kebaikan yang dilakukan oleh manusia dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara, seperti keimanan yang mutlak kepada Allah s.w.t. , takwa, ihsan, benar, jujur, amanah, menyampaikan, bijaksana, pemurah, menundukkan pandangan dari perkara-perkara keji, memelihara lidah, lemah lembut, sabar dan tabah serta lain-lain sifat yang menggambarkan kebaikan. Sifat mahmudah adalah semua perbuatan yang menggambarkan perlaksanaan tanggungjawab kepada perintah Allah s,w.t, dan akur kepada laranganNya dengan cara tidak melanggar larangan tersebut. Dengan kata lain ia melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan walau di mana ia berada; di khalayak ramai atau keseorangan, bukan sahaja dari sudut perbuatan zahir tapi juga hatinya (batin) akur dengan tuntutan tersebut.
Akhlak mazmumah pula ialah lawan kepada akhlak mahmudah, iaitu akhlak yang keji dan cela. la merupakan segala bentuk perlakuan, sifat, tabiat dan perangai buruk yang dicela oleh syarak. Di antaranya ialah syirik, derhaka kepada ibu bapa, khianat, sombong, benci, fitnah dan lain-lain. Sifat mazmumah juga dikatakan perbuatan melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhanNya.
5.3.2 Skop Akhlak
Akhlak dalam Islam bersifat syumul, merangkumi akhlak dengan Allah, akhlak dengan sesama manusia dan akhlak dengan alam.
1. Akhlak Dengan Allah s.w.t .
a- Beriman kepada Allah
Beriman kepada Allah bermaksud mengakui, mempercayai atau meyakini bahawa Allah itu ada dan bersifat dengan segala sifat kesempurnaan serta terhindar daripada sifat-sifat kekurangan.
b- Beribadah/mengabdikan diri kepada Allah
Beriman kepada Allah bukan sekadar mempercayai adanya Allah, tetapi hendaklah tunduk dan patuh melakukan perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan larangan-laranganNya. Ini selaras dengan tujuan manusia diciptakan. Firman Allah s.w.t. ;
Terjemahan: dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Surah  al Dzariyat : 56).
c- Tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu
Tidak menyamakan atau menganggap ada sesuatu yang lebih berkuasa daripada Allah. Jika seseorang mempersekutukan Allah dengan sesuatu maka ia adalah syirik. Syirik adalah dosa besar. Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang Yang mempersekutukanNya Dengan sesuatu (Apa jua), dan akan mengampunkan Yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu (Apa jua), maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang amat jauh. (Surah  al Nisa' : 116).
d- Takut kepada Allah
Takut kepada Allah kerana dua sebab:
i.       Agama Islam memang mengajar kita semua supaya takut kepada Allah. Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: dan sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang Yang beroleh kemenangan. (Surah  An Nur : 52).
ii.     Allah tidak hanya bersifat dengan Maha Pengasih, Maha Penyayang, tetapi juga di mana perlu Dia kadang-kadang menghukum siapa yang berani derhaka kepadaNya. Dia tidak hanya memiliki syurga tetapi juga memiliki neraka. Allah juga berjanji akan menyiksa orang-orang yang engkar terhadap perintahNya. Oleh itu hendaklah kita takut terhadap siksaanNya kerana janji-janji Allah adalah benar. Firman Allah s.w.t. :
Terjemahan: khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (Wahai Muhammad), Bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka Yang bertaubat dan beramal soleh). 50. dan Bahawa azabKu, ialah azab Yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka Yang tetap Dalam kederhakaannya). (Surah  al Hijr : 49-50).
e- Cinta kepada Allah
Manusia mesti cinta kepada Allah kerana:
i. Ajaran Islam menghendaki kita mencintai Allah dan juga Rasul.
Firman Allah s.w.t,
Terjemahan:  (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang Yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). (Surah  al Baqarah : 165).
ii.      Mencintai Allah bermaksud mantaatiNya, mendahulukan perintahNya dari perintah hawa nafsu; begitu juga meninggalkan larangan-laranganNya walaupun nafsu menyukainya.
iii.    Allah Maha Pengasih Maha Penyayang, la mengutus para nabi dan rasul kepada manusia untuk menunjuk jalan yang benar. Justeru itu kita wajiblah mengasihi dan mencintaiNya dengan sepenuh hati. Firman Allah s.w.t .:
Terjemahan: dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Surah  al Anbiya' : 107).
Selain itu Pengasih dan penyayang Allah terbukti dalam tuntutan menyebarkan salam dan di antara salah satu nama-nama Allah (al- Salam).
Cinta kepada Allah adalah kemuncak cinta dalam kehidupan insan kerana ia adalah cinta yang kekal lagi qudus. Contohnya cinta nabi Ibrahim kepada Allah s.w.t . sehingga sanggup mengorbankan putera kesayangannya.
f- Redha dan Ikhlas terhadap Qadha dan Qadar Allah
Kepercayaan qada dan qadar mengajar bahawa sesuatu yang terjadi di alam ini termasuk yang menimpa diri manusia itu sendiri, tidaklah terlepas dari takdir atau ketentuan Allah. Tidak terlepas dari qadar ertinya jangka yang tertentu, dan qadha' ertinya ketentuan.
Kita wajib menerima qadha dan qadar Allah dengan penuh redha dan ikhlas walaupun yang ditakdirkan untuk kita itu mungkin merugikan atau menyedihkan kita, sebab kita menerima (dengan baik) atau tidak takdir Allah itu pasti terjadi juga dan tentu berlaku pada diri kita. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
Sesungguhnya pahala yang besar itu mengikut besarnya cubaan. Sesungguhnya Allah apabila suka kepada sesuatu golongan, diujinya golongan Itu. Siapa yang redha terhadapnya, ia akan mendapat keredhaan Allah dan sesiapa yang marah ia akan memperolehi kemurkaan Allah (Riwayat Tirmizi)
g- Bertaubat kepada Allah
Pengertian taubat: Menurut pengertian bahasa ialah kembali. Maksudnya ialah kembali taat kepada Allah setelah mendurhakai Allah. Firman Allah s.w.t .
Terjemahan: oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (Sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka Yang salah dan balasan seksanya)? padahal Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah  al Maidah : 74).
Dari segi istilah:
Menurut Al-Ghazali taubat ialah kembali mengikuti jalan yang benar dari jalan sesat yang telah ditempuhinya. Fitrah kejadian msan tidak terlepas dari kesalahan dan kesilapan. Bahkan manusia disebut al-insan kerana mereka adalah "mahalul khata' wan-nis-yan", iaitu tempat salah dan lupa. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Setiap anakAdam itu mempunyai kesalahan dan sebaik-baik yang mempunyai kesalahan ialah mereka yang malnt bertaubat (Riwayat Tirmizi dan Ibn. Majali)
Firman Allah s.w.t .
Terjemahan: dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah  An Nuur : 31).
h- Bersyukur kepadaNya
Dari segi bahasa syukur ialah mengakui kebaikan orang, selalu mengingati dan membicarakan kebaikan-kebaikan itu (kepada orang lain).
Dari segi istilah ialah mempergunakan nikmat Allah s.w.t. pada fungsinya masing-masing, sesuai dengan yang telah ditentukan oleh Allah. Termasuk dalam pengertian syukur ialah patuh dan tunduk kepada Allah. Manusia dianugerahkan Allah dengan pelbagai nikmat sehingga tidak mampu dihitung olehnya. Ini selaras dengan firman Allah s.w.t .
Terjemahan: dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah  al Nahl : 18).
2. Akhlak Manusia Kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Akhlak kepada Rasululullah s.a.w. adalah suatu yang penting kerana ia berada pada kedudukan yang kedua selepas akhlak kepada Allah. Perkara utama dalam berakhlak kepada Rasulullah ialah beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w., iaitu percaya bahawa baginda adalah Nabi dan Rasul Allah kepada seluruh manusia. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t .
Terjemahan: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) Yang Menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang menghidupkan dan mematikan. oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi Yang Ummi Yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah Dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk". (Surah  al A'raf : 158).
Selain daripada beriman kepada Rasulullah kita juga wajib mencintai baginda. Cinta kepada Rasulullah tidak hanya sekadar dilahirkan dalam bentuk pengakuan kata-kata sahaja tetapi mestilah dibuktikan dalam bentuk perbuatan. Antara lainnya ialah mengamal dan mematuhi ajaran Islam yang disampaikan olehnya, berjuang menegakkan, rnengembangkan dan membela ajaran-ajarannya termasuk menjaga kemurniannya dari segala bid'ah dan khurafat. Selain itu memuliakan baginda dengan memperbanyakkan berselawat ke atasnya serta memuliakan keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
Tidak beriman salah seorang di antara kamu, sehingga aku lebih dicintai olehnya daripada dirinya sendiri, orang tuanya, anaknya dan manusia semuanya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Akhlak Manusia Kepada Sesama Manusia
i.       Akhlak manusia kepada diri sendiri
Akhlak manusia kepada diri sendiri bermaksud seseorang Muslim perlulah mempunyai iman yang mantap kepada Allah, menghias diri dengan ahklak yang mulia dan segera menunaikan perintah Allah serta mempertingkatkan ilmu pengetahuan.
ii.      Akhlak manusia kepada ibu bapa
Ibu bapa adalah insan yang wajib ditaati selepas Allah dan rasulNya. Keutamaan menghormati ibu bapa digambarkan dalam sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua ibu bapa dan kemurkaan Allah terletakpada kemurkaan kedua ibu bapa (Riwayat Tirmizl)
Berbuat baik kepada kedua ibu bapa tidak seharusnya dilakukan ketika keduanya masih hidup sahaja tetapi juga selepas mereka meninggal dunia. Akhlak kepada kedua ibu bapa antaranya ialah berbuat baik kepada kedua-duanya seperti mentaati, berlemah lembut, mendoakan mereka dan bersabar terhadap keduanya.
Di samping itu seorang anak juga perlulah berbuat baik kepada kedua-duanya setelah mereka meninggal, iaitu dengan melaksanakan solat jenazah, mendoakan, menyempurnakan janji dan memuliakan sahabat-sahabat mereka.
iii.        Akhlak kepada Anak-anak
Islam amat memberi penekanan terhadap pendidikan anak-anak. Firman Allah s.w.t .
Terjemahan: "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan Yang mungkar, dan Bersabarlah atas Segala bala bencana Yang menimpamu. Sesungguhnya Yang demikian itu adalah dari perkara-perkara Yang dikehendaki diambil berat melakukannya. (Surah  Luqman : 17).
Kedua orang tua sewajarnya menunjukkan contoh ikutan yang baik bagi anak- anak mereka sama ada dari segi perkataan, perbuatan dan akhlak. Di samping itu kedua ibu bapa juga haruslah memberi kasih sayang, perhatian, nafkah dan nama yang baik kepada anak-anak. 
Berhubung dengan pemberian nama yang baik kepada anak-anak, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya pada Hari Kiamat kelak, kamu akan dipanggii dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu jadi pilihlah nama-nama yang cantik (baik-baik). (Abu Daud)
iv,        Akhlak suami isteri
Dalam Islam suami isteri akan sentiasa bantu-membantu dalam membangun keluarga dan memikul tanggungjawab. Walau bagaimanapun keutamaan tanggungjawab isteri ialah melaksanakan peranan yang khusus, sesuai dengan tabiat keperempuanannya, seperti mengurus rumahtangga, mendidik anak-anak dan seumpamanya. Seorang penyair ada menyatakan:
Ibu itu samalah dengan sekolah jika anda pandai menyesuaikannya, Samalah seperti anda membangunkan suatu umat yang baik ketrunannya. 
Manakala keutamaan tugas suami pula ialah melaksanakan tanggungjawab yang sesuai dengan tabiat dan sifat kelelakiannya; iaitu mencari nafkah untuk mencukupkan keperluan isteri dan anak-anak, melindungi keluarga dari cabaran dan sebarang kesulitan.
Kerjasama erat di antara suami isteri akan membawa natijah yang baik untuk melahirkan anak-anak yang solih. Seluruh rumahtangganya akan merasakan kenikmatan di dalam kehidupannya di bawah naungan kasih sayang dan sentiasa dalam ketenteraman.
v.         Akhlak kepada guru
Guru ialah seseorang yang memberi pendidikan dan pengajaran sama ada secara formal dan tidak formal. Jasa mereka amat besar kerana memberikan ilmu yang dapat membezakan antara manusia dengan haiwan. Dengan ilmu juga manusia boleh mencapai peradaban yang tinggi dan mengatasi masalah dalam kehidupan. Justeru itu Islam amat memberi penekanan terhadap ilmu pengetahuan. Firman Allah s.w.t. bermaksud:
Terjemahan: "(Engkaukah Yang lebih baik) atau orang Yang taat mengerjakan Ibadat pada waktu malam Dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang Yang mengetahui Dengan orang-orang Yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang Yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang Yang berakal sempurna. (Surah  al Zumar : 9).
Berdasarkan kepada maksud ayat di atas jelaslah bahawa ilmu itu amat penting dan di antara cara untuk mendapatkan ilmu adalah melalui pengajaran guru. Oleh itu Islam memuliakan kedudukan guru dan perlu dihormati. Seorang penyair Mesir yang terkenal, Ahmad Syauqi pernah berkata:
Berdirilah menghormati guru, dan berilah ia penghargaan, seorang guru itu hampir menyerupai seorang utusan Tuhan
vi.        Akhlak manusia kepada masyarakat/jiran
Manusia perlu hidup bermasyarakat dan bergaul antara satu sama lain. Masyarakat terdiri daripada keluarga dan jiran. Jiran bermaksud orang yang tinggal berhampiran atau sebelah menyebelah rumah seseorang tetangga. Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
Empatpuluh buah rumah (disekitar kamu) adalah jiran tetangga dan tidak akan masuk syurga orang yang tetangganya takutkan kecetakaannya. (Riwayat al-Tabarani)
Hadis di atas menjelaskan bahawa jiran adalah mereka atau tetangga yang tinggal di setiap penjuru yang mengelilingi rumah seseorang. Bilangannya ialah kira-kira empat puluh buah rumah. Jiran tersebut mungkin merupakan kaum kerabat yang seagama dan mungkin sebaliknya. Malah terdapat jiran yang dekat dan jiran yang jauh. Firman Allah s.w.t.
Terjemahan: dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia Dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga Yang dekat, dan jiran tetangga Yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir Yang terlantar, dan juga hamba Yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; (Surah  al Nisa' : 36).
Peranan jiran arnat penting sehingga kadang-kadang melebihi peranan keluarga kita sendiri yang tinggal jauh daripada kita. Mereka merupakan orang yang mula-mula membantu kita sebelum orang lain termasuk keluarga datang membantu. Begitu juga dalam berbagai aspek kehidupan, kita banyak bergantung kepada jiran, seperti keamanan, keselamatan, kesejahteraan, ketenteraman dan sebagainya.
Oleh itu adalah menjadi satu kewajipan ke atas setiap Muslim untuk berakhlak kepada jiran, seperti mewujudkan silaturrahim, melindungi jiran daripada kesusahan, bahaya atau bala yang menimpa, memberi penghargaan sekiranya mereka berjaya atau takziah sekiranya mereka ditimpa musibah di samping memberi bantuan mengikut kadar kemampuan masing-masing.
Kesan daripada perlaksanaan tanggunjawab terhadap jiran akan melahirkan masyarakat yang harmonis, berdisiplin, bersih dari penindasan sesama manusia dan kemaksiatan. Selain itu mereka juga bersatupadu di atas ajaran-ajaran al-Quran dan al-Sunnah seperti menegakkan agama dan suruhan Allah serta menentang kezaliman.
Masyarakat yang hidup berdasarkan ajaran Allah akan mengimbangi segala tuntutan kehidupan duniawi dan rohani dengan tidak melampaui batas-batas kewajarannya. Umat inilah yang digelar oleh Allah sebagai ummatan wasatan (umat yang berada di tengah-tengah) mereka membangunkan dirinya dengan segala kekuatan yang telah disediakan oleh Allah, iaitu kekuatan jasmani, perekonomian, politik, ketenteraan, ikatan kemasyarakatan dan kekuatan ilmu pengetahuan dan teknologi. Semua kekuatan itu akan disepadukan oleh semangat pengabdian kepada Allah yang berpangkal kepada iman atau aqidah.
4. Akhtak Dengan Alam
Seluruh alam, termasuk bumi dan segala isi kandungannya dijadikan oleh Allah s.w.t, untuk kegunaan manusia bagi menjalankan tugas sebagai hamba dan khalifahNya. (Lihat al-Quran surah al-Jathiyah:13; surah al-Baqarah:21, 22; surah Ibrahim:32,33; surah al-Nahl: 5-8, 9-11,12-16). Oleh itu, segala isi alam harus dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dengan menggunakan akal fikiran, ilmu pengetahuan dan teknologi. Firman Allah s.w.t .
Terjemahan: dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang Yang melata serta binatang-binatang ternak, ada Yang berlainan jenis dan warnanya? sebenarnya Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang Yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (Surah  Fatir : 28).
Alam ini merupakan suatu anugerah Allah kepada manusia supaya ia dapat menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dengan sempurna dan baik. Oleh itu setiap manusia perlulah memelihara alam ini seperti menjaga dan mengendalikannya dengan sebaiknya. Contohnya tanggungjawab manusia terhadap binatang iaitu tidak membunuh atau menyeksa sesuka hati. Jika binatang bahaya yang perlu dibunuh, bunuhlah dengan cara yang baik dan bukan secara seksaan terhadapnya. Di samping itu tanggungjawab terhadap tumbuh-tumbuhan ialah tidak memusnahkan atau menebangnya dengan sesuka hati. Sekiranya perkara ini tidak dijaga atau dikawal akan mengundang perbagai bencana seperti banjir, perubahan cuaca yang mendadak ataupun berlakunya tanah runtuh.
Setiap manusia juga perlu menjaga alam ini dari pencemaran udara, air, kerana semua ini diperlukan oleh manusia di dalam menjalani kehidupan. Di dalam al-Quran Allah s.w.t. menyebut berkaitan dengan tanggungjawab manusia terhadap alam ini seperti tidak memperlakukan muka bumi dengan angkuh dan sombong. Firman Allah s.w.t. :
Terjemahan: dan janganlah Engkau berjalan di bumi Dengan berlagak sombong, kerana Sesungguhnya Engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan Engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang. (Surah  al Isra' : 37).
Allah s.w.t. juga mengingatkan manusia di dalam al-Quran, mengenai kerosakan yang bakal menirnpa manusia adalah berpunca daripada kejahatan atau kerakusan manusia menggunakan sumber-sumber alam. Firman Allah s.w.t. :
Terjemahan: telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Surah  al Ruum : 41).
5.4    Pembentukan Akhlak
5.4.1   Iman, Ilmu dan Amal
Ketiga - tiga perkara ini, iaitu ilmu, iman dan amal merupakan faktor penting dalam pembinaan dan pembentukan akhlak. Pembinaan dan pembentukan ini perlulah melalui beberapa peringkat seperti berikut:
i.         Sebelum berumahtangga
Generasi cemerlang adalah hasil daripada pembentukan keluarga yang baik, lantaran itu Rasulullah s.a.w. menasihatkan supaya mengutamakan orang yang beragama dan berakhlak mulia dalam pemilihan jodoh, supaya dia dapat menjalankan tugas yang sepenuhnya terhadap pemeliharaan keluarga, memikul semua hak suami-isteri, memelihara dan mendidik anak-anak dan rumahtangga yang dibina sentiasa berada dalam keharmonian,
Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Seseorang wanita dinikahi kerana empat sebab: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau memillh yang beragama, itulah pihanan yang terbaik. (RiwayatBukhari dan Muslim)
ii.        Semasa perkahwinan
Suami isteri harus melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan sebaik-baiknya sebagaimana yang dianjurkan di dalam Islam. Rumah tangga hendaklah sentiasa dipupuk dengan perasaan kasih sayang, belas kasihan, tolak ansur dan rasa kemesraan, Dengan adanya sifat-sifat tersebut kehidupan berumahtangga akan tenang dan tenteram dan seterusnya akan meninggalkan kesan yang baik dan natijah yang menggalakkan dalam pemeliharaan anak-anak. Allah s.w.t . menggambarkan keadaan ini dalam firmanNya;
Terjemahan: dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir. (Surah  al Ruum : 21).
Islam juga menggalakkan ibu-ibu yang hamil dan juga bapa memperbanyakkan amalan-amalan kebaikan, seperti membaca Al-Quran, berzikir, berdoa dan lain-lain. Amalan-amalan ini akan member! kesan dalam perkembangan jiwa anak-anak. Begitu juga syariat Islamiah telah menerangkan segala sesuatu yang berhubung dengan hukum hakam terhadap anak yang baru lahir, seperti di azan atau di qamatkan, tahnik, mencukur rambut, menamakan dengan nama-nama yang baik, aqiqah dan berkhatan.
iii.       Kanak-kanak
Kanak-kanak juga perlu diberi pendidikan yang seimbang, di antaranya pendidikan keimanan yang merupakan asas utama. Selain daripada itu kanak-kanak juga periu diberi pendidikan akhlak seperti batas-batas aurat, adab-adab dengan rakan, kedua ibu bapa, guru dan orang-orang yang lebih tua. Seterusnya pendidikan jasmani, mental dan lain-lain. Oleh itu kedua ibu bapa merupakan orang yang bertanggungjawab untuk memberi pendidikan keimanan serta budi pekerti yang mulia. Mereka juga wajib membentuk mental kanak-kanak supaya matang dan mendidik jiwanya supaya tahu bertimbangrasa serta memimpin mereka supaya menambah ilmu pengetahuan yang berguna. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Seorang lelaki adalah bertanggitngjawab di rumah isterinya, dan dia akan ditanya tentang tanggung jawabnya dan wanita juga bertanggung jawab di rumah suaminya serta dia akan ditanya tentang tanggung jawabnya. (Riwayatal-Bukhari)
iv. Remaja
Menurut Kamus Dewan remaja bererti "Dewasa, sudah akil baligh". Remaja merupakan golongan yang terbesar di Malaysia dan mereka adalah aset yang penting serta bernilai kepada bangsa dan negara. Oleh itu mereka perlulah dibentuk dan dididik dengan iman, ilmu dan akhlak. Ini kerana zaman remaja merupakan masa yang paling mencabar dalam kehidupan seseorang dan mereka mudah terpengaruh dengan persekitarannya. Oleh itu menjadi kewajipan ke atas ibu bapa untuk memastikan pendidikan yang sempurna dan pengawasan yang terbaik terhadap anak-anak. Kesibukan ibu bapa menyebabkan anak kehilangan kasih sayang dan tempat bermanja. Keadaan ini menyebabkan remaja tidak ada kekuatan untuk melawan godaan nafsu dan persekitarannya.
Golongan remaja merupakan pemimpin pada masa akan datang dan jatuh bangunnya sesebuah negara terletak di bahu mereka. Tindak tanduk mereka sentiasa mendapat perhatian daripada masyarakat. Sebuah negara akan berbangga jika para remajanya berakhlak mulia. Justeru itu golongan remaja tidak harus dibiarkan terumbang ambing dalam menjalani kehidupan mereka. Tanpa tunjuk ajar dan bimbingan yang baik daripada golongan tua mereka tidak dapat menjalani kehidupan dengan sempurna.
5.4.2 Pelaksanaan Ibadat
Kepentingan ibadah dalam Islam bukan sahaja sebagai membuktikan kepatuhan kepada Allah s.w.t ., tetapi ia juga mempunyai kesan secara langsung dalam pembentukan peribadi seseorang Muslim, apabila ibadah itu dilaksanakan sebagaimana yang telah disyariatkan oleh Allah. Di antara ibadah yang utama ialah:
i.         Penghayatan Al-Qurah
Abdullah Nasih Ulwan telah menganjurkan para pendidik supaya member! pengajaran dan didikan kepada anak-anak dengan merujuk kepada Al-Quran sebagai sumber rujukan utama. Anjuran ini adalah selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Didiklah anak-anak kamu atas tiga perkara: cinta kepada Nabi kamu, cinta kepada kaum keluarganya serta membaca Al-Quran, sesungguhnya para pembaca Al-Quran itu berada di dalam naungan Arasy Allah pada hari tiada naungan melainkan naunganNya bersama-sama para NabiNya dan orang-orang yang mendekatkan dirinya dengan Allah. (Tabrani)
Penghayatan Al-Quran dapat mendidik dan melembutkan hati serta panduan kepada umat Islam di dalam menjalani kehidupan seharian. Ini kerana Al- Quran mengandungi segala peraturan dalam pelbagai aspek kehidupan, antaranya dalam aspek peribadatan, akhlak, keimanan, sosial, politik, perundangan dan sejarah umat terdahulu yang boleh dijadikan teladan.
ii.        Penghayatan Rukun-rukun Islam
Mengucap dua kalimah syahadah, bukanlah hanya sekadar mengucapkan lafaz di bibir sahaja, tetapi mestilah diyakini, difahami dan dilaksanakan dalam kehidupan sehariannya, sama ada dalam melaksanakan kepatuhan kepada Allah (ibadah khusus) atau melaksanakan hubungan dengan sesama makhluk (ibadah umum). Seseorang Muslim yang bersyahadah dituntut mentaati, mencintai dan berlindung semata-mata kepada Allah. Mereka juga mestilah meyakini syahadah rasul, iaitu meyakini segala ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dan mencontohi akhlak baginda s.a.w. dalam segenap aspek kehidupan.
Solat mempunyai kesan yang mendalam terhadap pembentukan akhlak. Kesannya bukan sahaja ketika mendirikan solat tetapi ianya bermula dari sebelum mendirikan solat iaitu dari azan dan wudu'. Seterusnya kesan solat boleh diperolehi setelah selesai solat, iaitu zikir-zikir dan wind-wind.
Rasulullah s.a.w. telah menjelaskan kesan dan kelebihan azan di dalam membentuk akhlak kerana azan adalah menjauhkan syaitan daripada mengganggu manusia Sabda Rasulullah yang bermaksud:
Apabila diserukan azan maka larilah syaitan lintang pukang sampai terkentut sehingga ia tidak mendengar azan. Apabila selesai azan syaitan ini datang semula, dan apabila didirikan iqamat larilah syaitan int sekali lagi. Apabila selesai iqamat ia datang sekali lagi mengganggu manusia dan hatinya (was-was). Syaitan membisikkan kepadanya supaya ingatkan ini, ingatkan ini - kenapa orang itu tidak mengingatkan perkara itu sebelum ia solat sehingga orang yang solat itu tidak mengetahui berapa rakaat la telah lakukan dalam solat. (Riwayat Bukhari)
Kesan solat pula dapat membentuk akhlak yang mulia, antaranya ia dapat mencegah seseorang daripada perkara keji dan mungkar. Firman Allah
Terjemahan: bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan. (Surah  al Ankabut : 45).
Menurut al - Raghib al - Asfahani, Fakhsya' bermaksud suatu yang tersangat keji sama ada dari perkataan atau perbuatan. Termasuk di dalam fakhsya ialah berzina, 
mencuri dan minum arak. Manakala mungkar pula ialah sesuatu yang diingkari oleh syara'. Kesan selepas solat, seperti zikir, juga dapat membentuk akhlak. Zikir bermaksud mengingati diri tentang keagungan Allah dalam segata hal ehwal yang berhubung rapat dengan diri seseorang Mukmin dalam setiap tindakan manusia. Tuntutan mengingati Allah adalah selaras dengan firmanNya :
Terjemahan: "(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Surah  al Ra'du : 28).
Berhubung dengan perkara ini Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang bermaksud:
Siapa yang mengucap



Sebanyak sepulith kali sebelum dla bercakap, dan kedua kakinya masih berada dalam keadaan tasyahhitd, ditulis baginya sepuluh kebjikan dan dihapuskan sepuluh kejahatan, diangkat baginya sepuluh darjat dan pada keseluruhan hari ini terpelihara dahpada segala perkara yang dibenci dan terselamat dari syaitan dan tidak patut ada dosa yang akan mengenainya, kecuati syirik. (Riwayatal-Tirmizi)
Selain solat, zakat juga memainkan peranan dalam membentuk akhlak seseorang. la bertujuan untuk membersinkan diri manusia dari sifat-sifat mazmumah dan menyuburkan jiwa manusia dengan sifat-sifat mahmudah. Firman Allah s.w.t. :
Terjemahan: ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Surah  al Taubah : 103).
Berdasarkan maksud ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa tujuan difardhukan zakat  adalah  untuk  membersihkan  diri  manusia  dari   dosa  serta mengangkat nilai individu dan masyarakat ke darjat yang lebih tinggi dan mulia.
Ibadah puasa pula bukanlah sekadar mencegah atau menahan diri dari makan dan minum semata-mata, tetapi bertujuan melatih diri mengawal nafsu dan syahwat supaya tidak melepasi batas-batas hukum yang ditetapkan. Firman Allah s.w.t. : ;
Terjemahan: Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Surah  al Baqarah : 183).
Ibadah haji difardhukan oleh Allah s.w.t . terhadap umat Islam bertujuan untuk mendidik jiwa mereka supaya sentiasa sedia berkorban, berjimat cermat dan memupuk kasih sayang semata-mata kerana Allah s.w.t. Konsep pengorbanan di dalam Islam meliputi pengorbanan harta, jiwa, masa dan tenaga. Kehidupan para sahabat Rasulullah s.a.w. telah memaparkan kepada kita tentang pengorbanan mereka yang begitu hebat demi menyebarkan agama Allah. Firman Allah s.w.t. :
Terjemahan: di situ ada tanda-tanda keterangan Yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. dan sesiapa Yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji Dengan mengunjungi Baitullah Iaitu sesiapa Yang mampu sampai kepadaNya. dan sesiapa Yang kufur (ingkarkan kewajipan Ibadat Haji itu), maka Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. (Surah  ali 'Imran : 97).
iii.         Mengerjakan Amalan-amalan Sunat
Amalan-amalan sunat juga dapat mengawal iman dan menyuburkan jiwa untuk sentiasa gemar kepada kebaikan. Di antara fungsi amalan sunat ialah dapat menyempurnakan amalan wajib, meninggikan pangkat dan darjat seseorang di syurga. Oleh itu untuk menyempurnakan amalan wajib eloklah ditambah dengan amalan-amalan sunat. Jika amalan wajib sempurna, iman menjadi tetap dan boleh meningkatkan akhlak mulia.
Dalam memperbanyakkan amalan sunat, seseorang perlulah menjaga diri daripada sebarang maksiat. Ini kerana ibadah adalah perkara kebaikan sedangkan maksiat adalah perkara buruk. Sekiranya perkara baik bercampur dengan perkara buruk maka yang baik akan menjadi rosak.
iv.        Doa dan Tazkiyah
Doa merupakan salah satu ibadah dalam Islam dan mempunyai peranan dalam pembentukan peribadi Muslim. Allah s.w.t. amat menyukai hambaNya yang sentiasa bermunajat kepadaNya. Firman Allah s.w.t. :
Terjemahan: dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina. (Surah Ghafir : 60).
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
'Allah tidak pernah jemu menerima amalan hambaNya sehingga hambaNya sendiri yang merasa jemu.'"(Riwayatat-Tirmizi)
Tazkiyah bererti membersihkan atau mensucikan jiwa dari sifat-sifat mazmumah dan menghiaskannya dengan sifat-sifat mahmudah. Ini kerana jiwa yang bersih akan melahirkan tingkah laku yang baik bersesuaian dengan kehendak Allah s.w.t. Firman Allah yang bermaksud:
Sesiingguhnya bemntiinglah orangorangyangmensucikanjhvanya dan mgilah mereka yangmengotorinya. '(Surah al-Syams: 9-10)
v.         Istiqamah beramal
Seseorang yang istiqamah (kekal dalam beramal) ertinya telah mendirikan benteng iman. Amalan yang istiqamah akan menetapkan iman dan akhlak pada hati.
Sikap istiqamah dalam beramal penting untuk memelihara dan menyelamatkan iman daripada serangan nafsu dan syaitan yang melibatkan rosak pula akhlak kita. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Sebaik-baik amalan ialah amalan yang kekal (bertentsan) wataiipun sedikit.